Anda di sini

Jamil Hamzah angkat sumpah sebagai ADUN Bugaya

Advertisement
 Jamil ketika mengangkat sumpah sebagai ADUN Bugaya, hari ini.
ANGKAT SUMPAH: Jamil ketika mengangkat sumpah sebagai ADUN Bugaya, hari ini.

KOTA KINABALU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 Penggal Ketiga dimulakan dengan upacara angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Jamil Hamzah.

Jamil mengangkat sumpah sebagai ADUN dihadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya.

Jamil berjaya memenangi kerusi DUN Bugaya atas tiket Parti Warisan (WARISAN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan baru-baru ini dengan majoriti 6,629 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Abd Aziz Mohd Ibno yang hanya memperoleh 4,753 undi.

Sementara calon Pakatan Harapan (PH) Arastam Pandorong hanya memperoleh 562 undi disusuli calon Bebas Zulfadzli Shi Ahmad @ Tongko yang mendapat 693 undi.

Manakala, calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Karil PG Kuraini berada ditangga kelima dengan jumlah 150 undi dan calon Pejuang Mohd Hassan Abu Bakar 130 undi serta calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) Nazmawati Walli dengan hanya 98 undi.

 
 

  • oleh
  • Advertisement