Anda di sini

266 kes baharu COVID-19 di Sabah

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Kes baharu COVID-19 di Sabah kembali meningkat sebanyak 44 kes menjadikan 266 keseluruhan kes di Sabah semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata pertambahan yang agak banyak ini disebabkan kadar positif yang tinggi sehingga 14.61 peratus berbanding hanya 13.02 peratus untuk hari sebelum ini.

“Angka positif juga diperolehi daripada bilangan sampel ujian yang lebih banyak iaitu 1,821 dengan peningkatan sebanyak 116 sampel.

“Peningkatan kes baharu ini turut menyebabkan lebih banyak daerah merekodkan kes dua angka.

“12 daerah terbabit termasuklah Kota Kinabalu 51 kes, Kota Belud 25 kes, Papar 23 kes, Penampang 18 kes, Sandakan 18 kes, Lahad Datu 17 kes, Tawau 17 kes, Tuaran 16 kes, Kota Marudu 12 kes, Beaufort 11 kes, Keningau 11 kes dan Kudat 10 kes,” katanya.

Beliau berkata lima daerah lain bagaimanapun tidak merekodkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.

  • oleh
  • Advertisement