Anda di sini

Bomba giat laksana SAR lelaki jatuh dari jambatan Sungai Padas

Advertisement
 Pasukan Bomba semasa menjalankan SAR di sekitar Sungai Padas di sini.
SAR: Pasukan Bomba semasa menjalankan SAR di sekitar Sungai Padas di sini.

TENOM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah giat menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Sungai Padas di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom Zainal Sinsian berkata operasi terbabit adalah bagi mengesan seorang mangsa yang terjatuh dari jambatan Sungai Padas di sini.

“Maklumat awal diterima pada jam 10.26 pagi daripada seorang pemanggil dan bertindak dengan kejadian sepasukan pegawai serta anggota dari BBP Tenom digerakkan ke lokasi.

“Pasukan Bomba menjalankan SAR di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang menggunakan sebuah unit bot milik JBPM,” katanya.

Menurutnya operasi turut dibantu agensi keselamatan lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Setakat ini maklumat mangsa belum diperoleh dan tiada perkembangan positif yang ditemukan sepanjang operasi SAR.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement