Anda di sini

Industri lada perlu dilaksana secara produktif

Advertisement

Dibangun di seluruh negeri berikutan Sarawak pengeluar lada premium di Malaysia

Dr Rundi menyaksikan Majlis Penyerahan Perjanjian Lesen antara kerajaan, PPK Saribas dan Carus Pepper Sdn Bhd di Kompleks DUN Sarawak hari ini.
Dr Rundi menyaksikan Majlis Penyerahan Perjanjian Lesen antara kerajaan, PPK Saribas dan Carus Pepper Sdn Bhd di Kompleks DUN Sarawak hari ini.

"Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat tidak terbabit dalam industri ini (lada) berikutan mereka lebih memilih dalam sektor kelapa sawit.” 

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah 

Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: Industri lada perlu dilaksanakan secara produktif sekali gus dibangunkan di seluruh negeri ini berikutan Sarawak merupakan negeri pengeluar lada premium di negara ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, antara lada yang dihasilkan di Sarawak ialah lada putih, lada putih krim serta lada hitam.

"Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat tidak terbabit dalam industri ini (lada) berikutan mereka lebih memilih dalam sektor kelapa sawit.

"Antara sebab mereka memilih industri kelapa sawit adalah disebabkan rantaian bekalan yang lengkap dan kini kerajaan berusaha mempelbagaikan tanaman.

"Oleh sebab itu, kerajaan perlu memainkan peranan mencipta rantaian bekalan mengenai sektor huluan dan hiliran beberapa sektor termasuk lada," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Lesen antara kerajaan, PPK Saribas dan Carus Pepper Sdn Bhd di Kompleks DUN Sarawak hari ini.

Dr Rundi menambah, kerajaan mampu membangunkan kepelbagaian rantaian makanan menerusi pendekatan yang ada.

"Usaha ini sekali gus menyaksikan Sarawak bergerak ke arah pembangunan industry,” katanya.

Sehubungan itu, pada 2030 kerajaan berhasrat menjadi pengeksport makanan seterusnya di rantau ini.

Ini kerana, sektor makanan memainkan peranan yang penting pada masa ini di mana kerajaan perlu mentrasformasi kaedah pertanian daripada konvensional kepada moden.

Mengenai PPK, Sarawak mempunyai 28 PPK yang menjadi sebahagian daripada rancangan di mana agensi itu memainkan peranan mentransformasi industri berkenaan.
 

Advertisement