Anda di sini

Sabah rekod 188 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sejumlah 188 kes baharu COVID-19 hari ini setelah mencatatkan pengurangan sebanyak 69 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, penurunan itu sejajar dengan jumlah sampel ujian yang lebih rendah iaitu 1,143 tetapi dengan kadar positiviti yang masih tinggi (16.45 peratus).

"Hanya empat daerah merekodkan jangkitan dua angka dengan Kota Kinabalu kembali mencatatkan angka tertinggi dengan 75 kes (+17), diikuti oleh Penampang 35 kes (+22), Papar 20 kes (-5) dan Lahad Datu 16 kes (-15).

"14 daerah tidak mencatat sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 185 daripada 188 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, satu kes dalam Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5.

  • oleh
  • Advertisement