Anda di sini

PKR umum 16 calon bertanding di Sarawak

Advertisement

Roland Engan bertanding di Parlimen Baram menjadikannya kekal 'musuh tradisi' calon GPS

Anwar (tengah) bersama calon (dari kiri) Racha, Chiew, Roland (dua kanan) dan Japar di Miri hari ini.
Anwar (tengah) bersama calon (dari kiri) Racha, Chiew, Roland (dua kanan) dan Japar di Miri hari ini.

“Tetapi akhirnya ia perlu dimuktamadkan selepas mengambil kira pelbagai aspek dan memastikan kemenangan PKR dan Pakatan Harapan (PH).”

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden PKR 

Oleh Clare Cinderella

MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mengumumkan 16 calon bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini di kerusi-kerusi Parlimen seluruh negeri ini hari ini.

Pengerusi PKR Sarawak Roland Engan bertanding di kerusi Parlimen Baram menjadikan beliau kekal 'musuh tradisi' kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

Sementara itu, 15 calon lain ialah Sopian Julaihi (P194 Petra Jaya) Diog Dios (P198 Puncak Borneo), Tay Wei Wei (P202 Sri Aman), Langga Lias (P203 Lubok Antu), Patrick Kamis (P204 Betong), Ibil Jaya (P205 Saratok), Mohd Fauzi Abdullah@Joseph (P210 Kanowit), Abdul Jalil Bujang (P213 Mukah), Umpang Sabang (P214 Selangau), Khusyairy Pangkas Abdullah (P215 Kapit), Abun Sui Anyit (P216 Hulu Rajang), Zolhaidah Suboh (P218 Sibuti), Chiew Choon Man (P219 Miri), Racha Balang (P221 Limbang) dan Japar Suyut (P222 Lawas).

Manakala satu-satunya penyandang kerusi dari PKR masih kekal iaitu Dr Michael Teo di Parlimen Miri digugurkan dari senarai pada PRU15 ini. 

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan calon dibuat oleh parti itu bukan mudah kerana beliau terpaksa menggugurkan beberapa nama yang sudah banyak menyumbang kepada parti. 

“Tetapi akhirnya ia perlu dimuktamadkan selepas mengambil kira pelbagai aspek dan memastikan kemenangan PKR dan Pakatan Harapan (PH),” katanya. 

Beliau amat berharap agar Sarawak kini boleh memilih calon-calon mereka untuk mewakili suara rakyat negeri ini ke peringkat nasional dan kerajaan persekutuan dan seterusnya memberi khidmat lebih baik kepada rakyat negeri ini. 

Beliau juga mengingatkan semua calon yang dipilih untuk bekerja keras pada PRU15 ini bagi memastikan PKR dan PH dapat menawan semula Putrajaya dan seterusnya membentuk kerajaan pada 20 November nanti.  

Sehubungan itu, manifesto PKR akan dilancarkan esok.

Advertisement