Anda di sini

Ratusan berkabung buaya ‘vegetarian’ mati 

Advertisement
Orang ramai mengangkat buaya Babia di kuil tasik Ananthapura semasa upacara penguburan di Kasaragod, negeri Kerala kelmarin. — Gambar AFP
Orang ramai mengangkat buaya Babia di kuil tasik Ananthapura semasa upacara penguburan di Kasaragod, negeri Kerala kelmarin. — Gambar AFP

KASARAGOD: Beratus-ratus orang menghadiri upacara penguburan penuh tangisan kelmarin untuk seekor buaya dipercayai sebagai memiliki sifat kedewaan dan hidup selama beberapa dekad dengan diet makan sayur-sayuran di sebuah kuil Hindu di India.

Babia mengawal kuil Sri Ananthapadmanabha Swamy di negeri selatan Kerala, bersembunyi di sekitar tasik selama hampir 80 tahun, kata setiausaha kuil Ramachandran Bhat. 

Reptilia terkenal itu ditemui terapung tidak bernyawa di tasik pada awal kelmarin selepas dilaporkan tidak memakan makanannya selama beberapa hari.

Kuil di Kasaragod dikhaskan untuk dewa Hindu Vishnu telah berusia 3,000 tahun, dan dilindung selama beberapa abad oleh seekor buaya “suci”, Bhat memberitahu AFP.

“Buaya suci terakhir telah ditembak mati oleh tentera British pada sekitar 1940 dan selepas itu Babia muncul di tasik itu,” kata Bhat.

“Kami tidak dapat menyatakan dari mana ia berasal, namun tasik itu dihubungkan dengan beberapa gua dalam tasik,” jelas Bhat.

Babia telah dianggap suci kerana ia dikatakan tidak pernah menyerang haiwan lain atau mana-mana manusia – termasuk kanak-kanak yang telah dibawa ke tepi tasik bagi menyentuh reptilia tersebut untuk mendapatkan rahmatnya.

Ramai mempercayai ia hidup dengan ‘prasadam’, hidangan suci nasi dan gula Melaka yang diberkati dan disucikan oleh pendeta di kuil, namun Bhat menyatakan dia tidak bersependapat dengan dakwaan tersebut “kerana terdapat ikan di dalam tasik”.

Bangkai buaya itu dihiasi dengan bunga-bungaan dan diberkati sebelum dibawa melalui orang ramai yang berkabung di atas daun kelapa yang diletakkan atas dulang sampah dan kemudian ditanam di kawasan kuil. — AFP

Advertisement