Anda di sini

Tanah runtuh maut di Venezuela

Advertisement
Penduduk menggeledah puing untuk mencari ahli keluarga yang hilang susulan tanah runtuh semasa hujan lebat melanda Las Tejerias di negeri Aragua, kelmarin. — Gambar AFP
Penduduk menggeledah puing untuk mencari ahli keluarga yang hilang susulan tanah runtuh semasa hujan lebat melanda Las Tejerias di negeri Aragua, kelmarin. — Gambar AFP

LAS TEJERIAS: Satu kejadian tanah runtuh di tengah Venezuela menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang terkorban dan lebih 50 orang hilang selepas sebatang sungai melimpahi tebingnya, menurut pihak berkuasa kelmarin, dalam bencana berbahaya terbaharu yang berpunca daripada hujan lebat yang melanda negara ini.

Beberapa orang maut sejak beberapa bulan lepas di negara Amerika Selatan itu yang dilanda krisis akibat paras penurunan hujan yang tinggi.

“Kami telah melihat kerosakan yang sangat ketara di sini, setakat ini kami telah menerima 22 kematian dan lebih 52 orang telah hilang,” Timbalan Presiden Delcy Rodriguez memberitahu media tempatan di tempat kejadian di pekan Las Tejerias.

“Kami sedang berusaha untuk mencari mereka.”

Rumah dan kedai musnah manakala pokok-pokok tumbang bergelimpangan di atas jalan raya yang diselaputi lumpur dan puing, serpihan kayu, barang dan kereta terbalik.

“Kampung itu sudah lenyap.

“Las Tejerias, penduduk, Carmen Melendez, 55, yang telah menetap sepanjang hayatnya di pekan itu yang terletak 50 kilometer dari bandar utama Caracas, di wilayah Aragua, memberitahu AFP.

Kira-kira seribu orang telah menyertai usaha menyelamat, Menteria Kehakiman dam Dalam Negeri Remigio Ceballos memberitahu AFP, ketika beliau turut bekerja di tempat kejadian.

Penduduk tempatan menggali melalui bahagian rumah yang terjejas bagi mencari orang tersayang, sementara pasukan pencari tiba bersama anjing pengesan dengan harapan akan menemui mangsa yang masih hidup terperangkap dalam timbunan.

“Kami mengalami satu kejadian tanah runtuh yang besar akibat kesan perubahan iklim,” kata Ceballos, merujuk kepada kesan Hurikan Julai, yang melalui hanya di utara Venezuela pada malam sebelumnya.

“Terdapat satu penurunan hujan yang mengatasi rekod,” tambah beliau ketika beliau meninjau kawasan bencana ketika kadar hujan yang turun dalam sehari menyamai rekod biasa dalam tempoh sebulan.

“Hujan yang kuat ini telah menghakis tanah,” kata beliau.
Gambar–gambar yang dirakam dron pasukan penyelamat menunjukkan tanah bertimbun di atas jalan raya ketika para penduduk cuba menyodok lumpur yang mengalir ke dalam rumah mereka.

Presiden Nicolas Maduro mengumumkan hari perkabungan negara selama tiga hari untuk mangsa, sementara rakyat Venezuela menggunakan media sosial bagi menawarkan bantuan bagi pekan tersebut.

Pasukan besbol Caracas Los Leones menyatakan mereka akan menganjurkan pengumpulan derma bagi mangsa dan meminta barang makanan yang tidak cepat rosak, air dan pakaian.

Tanah runtuh yang berpunca daripada banjir dari sungai paling besar di kawasan itu sepanjang tempoh 30 tahun, merupakan yang terburuk pada tahun ini di Venezuela, yang melihat paras hujan bersejarah sejak beberapa bulan lepas.

Pada Ogos, sekurang-kurangnya 15 terkorban di Andes Venezuela selepas hujan lebat yang menyebabkan gelongsoran lumpur dan batu.

Serta pada September, sekurang-kurangnya lapan maut ketika banjir akibat hujan lebat melanda kawasan keagamaan di bahagian barat negara.

Pada 1999, tanah runtuh yang besar telah membunuh kira-kira 10,000 orang di wilayah Vargas di utara Caracas. — AFP

Advertisement