Anda di sini

Termometer pecah, tiga pelajar terkena sisa merkuri

Advertisement
 Pasukan Bomba menjalankan operasi membersihkan tumpahan sisa merkuri di makmal terbabit.
BERSIH: Pasukan Bomba menjalankan operasi membersihkan tumpahan sisa merkuri di makmal terbabit.

PENAMPANG: Pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil masa hampir setengah jam membersihkan tumpahan cecair merkuri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peter Mojuntin di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.38 pagi sebelum menggegaskan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ke lokasi.

“Cecair berbahaya itu tumpah di lantai bilik makmal sekolah selepas termometer yang digunakan pelajar semasa sesi pembelajaran terjatuh dan pecah.

"Pasukan bomba membersihkan tumpahan cecair merkuri itu menggunakan serbuk sulfur dan dimasukkan ke dalam bekas khas untuk tindakan pelupusan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata terdapat tiga pelajar terkena sisa merkuri semasa kejadian dan kesemua pelajar sudah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.

Katanya operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.05 pagi.

  • oleh
  • Advertisement