Anda di sini

Pendaki wanita alami AMS di Gunung Kinabalu

Advertisement
 Pendaki alami AMS dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung.
AMS: Pendaki alami AMS dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung.

RANAU: Seorang pendaki wanita yang mengalami loya ketinggian atau akut gunung (AMS) berjaya diselamatkan Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) semasa mendaki Gunung Kinabalu di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Mohd Taib berkata kejadian berlaku semasa mangsa berada di penginapan Laban Rata pada jam 5.15 petang.

“Mangsa yang mengalami AMS diberikan rawatan awal dengan bantuan pihak SAR Taman-Taman Sabah (TTS) dan malim gunung melalui kaedah pemanasan menggunakan alat pemanas badan.

“Mangsa bagaimanapun masih dalam keadaan kurang stabil dan terpaksa dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Tambahnya operasi keseluruhan ditamatkan jam 12 tengah malam.

  • oleh
  • Advertisement