Anda di sini

Sibu rekod 58 kes kumulatif denggi 

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

SIBU: Bahagian Sibu merekodkan 58 kes kumulatif denggi untuk tempoh sembilan bulan tahun ini iaitu naik 123 peratus daripada 26 kes untuk tempoh sama tahun lalu. 

Pejabat Kesihatan Bahagian (DHO) Sibu dalam satu kenyataan semalam memberitahu, kawasan kediaman menyumbang sebahagian besar kes.

Selain itu, terdapat dua kematian akibat demam denggi setakat ini masing-masing direkodkan di Sibu dan Selangau.

Pada masa sama, DHO menasihati orang ramai supaya sentiasa mengutamakan langkah berjaga-jaga dan menjalani rawatan jika mengalami gejala. 

"Cari dan memusnahkan semua bekas berpotensi (boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes) juga lindungi diri anda daripada gigitan nyamuk," katanya di sini semalam.

Sementara itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) individu yang mengalami demam tinggi (40°C/104°F) merupakan salah satu tanda awal jangkitan demam denggi.

Ia turut disertai dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi, mual, muntah, kelenjar bengkak dan ruam.

Advertisement