Anda di sini

Cuckoo perkukuhkan kedudukan sebagai jenama rumah sihat terkemuka Malaysia

Advertisement
Hoe (tengah) bersama Lee Min Ho (lima kiri) dan Siti Nurhaliza (lima kanan) merakam gambar secara berkumpulan pada Konsert Ulang Tahun Appreci8th Cuckoo dan pelancaran produk di Arena Axiata, semalam. - Gambar BERNAMA 
Hoe (tengah) bersama Lee Min Ho (lima kiri) dan Siti Nurhaliza (lima kanan) merakam gambar secara berkumpulan pada Konsert Ulang Tahun Appreci8th Cuckoo dan pelancaran produk di Arena Axiata, kelmarin. - Gambar BERNAMA 

KUALA LUMPUR:  Cuckoo International (Cuckoo) bersedia untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama penyelesaian rumah sihat terkemuka di Malaysia dengan mempeluaskan kemudahan yang dirancang dan melancarkan produk baharu.

Dalam ucaptama semasa Konsert Ulang Tahun Appreci8th Cuckoo di Arena Axiata semalam, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Hoe Kian Choon berkata syarikat bersedia membuka pusat pengedaran terbesarnya menjelang suku pertama kewangan 2023 di Subang Jaya untuk mengukuhkan rangkaian dan keupayaan pengedarannya.

Selain itu, Hoe berkata Cuckoo berada di landasan yang tepat untuk membuka pejabat baharunya di Shah Alam bagi menampung kumpulan bakat syarikat yang semakin berkembang serta Galley Jenama pertamanya di Kuching, Sarawak yang menawarkan kepada pelanggan dan peminat, pengalaman jenama serba baharu pada hujung tahun ni.

Dalam majlis yang dihadiri lebih 9,000 penonton konsert itu, Cuckoo turut memperkenalkan penapis udara peringkat permulaan generasi baharu yang menurut Hoe sesuai untuk setiap isi rumah Malaysia kerana ia berharga RM69 sebulan. Produk ini boleh dibeli mulai semalam.

 Duta jenama Cuckoo Superstar Korea Lee Min Ho bergambar bersama produk terbaharu Cuckoo iaitu 'R Model air purifier’ semasa Konsert Ulang Tahun Appreci8th Cuckoo di Arena Axiata semalam. - Gambar BERNAMA
Lee Min Ho bergambar bersama produk terbaharu Cuckoo iaitu 'R Model air purifier’ semasa Konsert Ulang Tahun Appreci8th Cuckoo di Arena Axiata kelmarin. - Gambar BERNAMA

"Keluarga Cuckoo, pelanggan dan peminat. Kerana anda, kami dapat berkembang daripada hanya jenama perkakas yang sihat untuk menjadi salah satu Pencipta Rumah Sihat terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 1.5 juta pelanggan rakyat Malaysia dengan lebih 5 juta pengguna isi rumah Malaysia.

“Kerana anda, kami telah mencapai 97 peratus kadar kepuasan pelanggan dalam tinjauan bebas yang dilakukan baru-baru ini.

“Komitmen kami kekal berterusan. Kami akan terus berusaha melangkaui piawaian untuk membawa penyelesaian Rumah Sihat yang tiada tandingan bagi membentuk rumah yang lebih sihat dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk #samasama hidup lebih sihat dan bahagia," katanya.

Menjelas lanjut, Hoe berkata Cuckoo telah mempelbagaikan portfolionya sejak dua tahun lepas untuk menyediakan rakyat Malaysia penyelesaian rumah sihat secara holistik dengan menampilkan jenama yang berbeza dan memfokuskan pada aspek berbeza yang menjadikan rumah lebih sihat.

Beliau berkata tahun ini merupakan tahun inovasi untuk Cuckoo kerana ia telah melancarkan satu siri inovasi merentasi asas Rumah Sihatnya, termasuk penulen air, penulen udara, tilam, penghawa dingin, produk penjagaan kulit dan banyak lagi.

Cuckoo mengadakan persembahan yang luar biasa untuk menghargai kakitangan dan pelanggan setianya dalam konsert empat jam yang menyaksikan barisan artis dan persembahan artis tempatan termasuk Aina Abdul, Hael Husaini, Dolla, Khai Bahar dan Misha Omar.

Pengunjung konsert kemudian dikejutkan dengan penampilan istimewa oleh Duta Jenama Cuckoo Superstar Korea Lee Minho dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang memukau penonton dengan persembahan menarik. - BERNAMA 

Advertisement