Anda di sini

AirAsia puji pengembalian penarafan keselamatan udara Malaysia kepada Kategori 1 

Advertisement
 

KUCHING: AirAsia memuji pengembalian penarafan keselamatan udara Malaysia kepada Kategori 1 oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan, hari ini.

Pengembalian penarafan itu katanya, akan membuka lebih banyak peluang pengembangan rangkaian penerbangan jarak sederhana hingga jarak jauh pada masa hadapan terutamanya ke AS, dan negara-negara Asia lain termasuk Jepun dan Korea yang memberi kelulusan kawal selia berdasarkan piawaian FAA. 

AirAsia X adalah satu-satunya syarikat penerbangan dalam kumpulannya yang beroperasi ke AS secara terus ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun.

Pengembalian penarafan kepada kategori itu juga memberi peluang kepada Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang sedang berkembang, untuk meningkatkan perkhidmatannya kepada syarikat penerbangan serantau dan berpotensi untuk menyelenggara syarikat penerbangan antarabangsa yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited Bo Lingam berkata, pengumuman ini adalah tepat pada masanya berikutan peningkatan permintaan perjalanan selepas kebangkitan semula industri berikutan pandemik. 

"Pengembalian penarafan keselamatan kepada Kategori 1 ini bukan sahaja membuka peluang untuk kami mengembangkan rangkaian penerbangan ada masa hadapan, malah akan menstabilkan industri penerbangan negara secara keseluruhan.

"ahniah kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kerana memenuhi piawaian keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sekali lagi dan kepada Kementerian Pengangkutan atas usaha berterusan mereka meningkatkan taraf mengikut FAA bagi industri penerbangan Malaysia.

"ami berharap dapat terus bekerjasama dengan CAAM dan Kementerian Pengangkutan serta semua pemain industri untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penerbangan utama di rantau ini," katanya lagi.
 

Advertisement