Anda di sini

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat ikan

Advertisement
 Pasukan bomba masih menjalankan operasi SAR mencari mangsa.
OPERASI: Pasukan bomba masih menjalankan operasi SAR mencari mangsa.

BELURAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menjalankan aktiviti memukat ikan di muara sungai Kampung Obah Paitan, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.53 petang.

Katanya, seramai empat anggota dan pegawai bersama sebuah bot penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kita difahamkan, mangsa lelaki berumur 58 tahun terbabit tiba-tiba hilang ketika sedang memukat ikan di muara sungai kampung berkenaan.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi SAR di sekitar sungai berkenaan bersama beberapa bot penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, setakat operasi SAR hari kedua, mangsa belum lagi ditemukan dan usaha mencari masih diteruskan di sekitar sungai tersebut.

“Pasukan bomba menggunakan kaedah pencarian dipermukaan air dalam operasi tersebut dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement