Anda di sini

Ugut ibu, pemuda dipenjara 12 bulan

Advertisement
 

SIBU: Seorang pemuda yang melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Roy Layang, 30, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Seksyen 506 ini memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit dengan kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Roy dituduh mengugut hendak membunuh ibunya di rumah panjang mereka di Jalan Pasai Siong pada 23 September 2022, kira-kira jam 8.45 pagi.

Berdasarkan fakta kes ringkas, pada hari kejadian, pengadu yang juga ibu tertuduh memberitahu tertuduh telah mengamuk dan mengugut hendak membunuhnya serta ahli keluarga yang lain.

Bimbang dengan ugutan itu, pengadu kemudian membuat laporan polis dan tertuduh ditahan pada hari sama kira-kira jam 7.10 malam. Pihak polis turut merampas satu unit telefon bimbit sebagai bahan bukti.

Hasil siasatan, tertuduh telah mengaku mengugut hendak membunuh pengadu dan kejadian itu turut disaksikan oleh ayah tertuduh.
 

Advertisement