Anda di sini

Penunggang motosikal parah rempuh lori

Advertisement
 Keadaan mangsa yang parah selepas merempuh lori tersebut.
PARAH: Keadaan mangsa yang parah selepas merempuh lori tersebut.

TAWAU: Seorang penunggang motosikal parah selepas merempuh sebuah lori yang tiba-tiba keluar simpang di Jalan Kuhara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang.

Katanya, hasil siasatan awal, mendapati mangsa berumur 22 tahun itu dari arah Taman Semarak menuju balik ke rumahnya di Batu 5 Jalan Apas.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori yang dipandu lelaki berumur 49 tahun tiba-tiba keluar simpang untuk masuk ke Jalan Access Kuhara.

“Oleh kerana jarak terlalu dekat, mangsa tidak dapat mengelak dan melanggar bahagian tepi kiri belakang lori tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Besar Tawau menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Polis masih meneruskan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement