Anda di sini

Lelaki didenda RM2,000 kerana judi di tempat awam

Advertisement
 

MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan bermain judi haram di tempat awam.
    
Mohd Firdaus Mohamad Sahri, 32, dari Batu 6 1/2 Jalan Miri-Bintulu telah didakwa mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289), yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah bermain judi jenis judi dalam talian di tempat awam.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.20 tengah hari, 21 September lalu di hadapan sebuah kafe di Jalan Bukit, Taman Tunku di sini.
    
Hasil pemeriksaan yang dilakukan polis mendapati telefon pintar tertuduh memaparkan aplikasi judi jenis judi dalam talian.
    
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Michelle Lim Wan Chen.

  • oleh
  • Advertisement