Anda di sini

Empat petinju Sarawak mara ke peringkat akhir

Advertisement
'Kilat Boy' pada aksi separuh akhir menentang pesaingnya dari Sabah di Kompleks Futsal Presint 18 Putrajaya, semalam.
'Kilat Boy' pada aksi separuh akhir menentang pesaingnya dari Sabah di Kompleks Futsal Presint 18 Putrajaya, semalam.

KUALA LUMPUR: Petinju sensasi, Daeloniel McDelon Bong atau lebih dikenali 'Kilat Boy' antara empat petinju memberi saingan di peringkat akhir SUKMA XX kali ini.

Ini berikutan selepas keempat-empat petinju itu berjaya menundukkan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir berlangsung di Kompleks Futsal Presint 18 Putrajaya, semalam.

Saingan akhir diadakan dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu.

Dalam aksi separuh akhir, 'Kilat Boy' berjaya menundukkan lawan dari Sabah, Mohammad Fairul Yee bagi kategori lelaki feater (54-57) kilogram.

Dalam saingan tersebut, beliau mengambil masa dua minit untuk mengetepikan lawannya dengan pukulan 'knock out' dalam pusingan pertama.

Aksi cemerlang itu turut diikuti Mohammad Rafieq Murshidi berjaya menyingkirkan pesaingnya dari Perak, Muhammad Sahrul Muhd Yussof.

Rafieq dalam kategori light welter (60kg-63.5kg) menewaskan lawannya dengan mata 30-27.

Bagi kategori lelaki fly (48kg-51kg) menyaksikan Jakson Chambai mara ke peringkat akhir selepas lawan dari Johor, Muhammad Aidil Ashraf menarik diri akibat kecederaan.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo percaya kepada skuad tinju mampu melakar kejutan pada SUKMA kali ini dengan memenangi lebih dari satu pingat emas.

"Seperti dijanjikan, atlet-atlet tinju kali ini mungkin  melakar kejutan dari segi pungutan pingat emas.

"Kita menyasarkan satu pingat emas namun dengan kejayaan atlet kita ke peringkat akhir, sasaran itu mungkin naik," katanya ditemui selepas menyaksikan perlawanan hari ini.

Dalam pada itu, Penolong Chef de Mission Tinju, Datuk Hamzah Brahim turut menzahirkan rasa teruja dengan pencapaian skuad tinju Sarawak.

Sementara itu, Mohamad Helmi Chieng berjaya menyingkirkan lawan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi kategori 67kg Isnin.
 

  • oleh
  • Advertisement