Anda di sini

2 selamat, 9 masih hilang dalam tragedi bot karam di Mukah

Advertisement
 

MUKAH: Dua dijumpai selamat manakala sembilan lagi masih hilang dalam satu tragedi bot memancing karam di perairan Mukah pada petang Rabu.

Menurut maklumat awal dari Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching, bot SF2-2837 telah karam sekitar 34 batu nautika (BN) dari Barat Laut Mukah.

"Bot karam dengan 11 orang mangsa, sehingga kini, dua telah ditemui selamat manakala sembilan lagi masih belum dijumpai," katanya.

Pihak berkuasa telah mengaktifkan gerakan mencari dan menyelamat bagi mencari baki anak-anak kapal yang masih hilang.

Semua anak kapal dipercayai lelaki warga tempatan.
 

  • oleh
  • Advertisement