Anda di sini

Pemuda curi pembesar suara didenda RM1,800

Advertisement
 

SIBU: Gara-gara mencuri pembesar suara mudah alih, seorang pemuda dikenakan denda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Haidi Lee, 28, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda denda atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya dikenakan hukuman penjara dan denda atau sebatan.

Mengikut pertuduhan, Haidi didakwa mencuri pembesar suara mudah alih dari sebuah bilik sewa di Jalan Channel di sini pada 30 Ogos 2022, kira-kira jam 8.40 hingga 9.44 malam.

Berdasarkan fakta kes ringkas, pada 11 September 2022, kira-kira jam 4 petang, pengadu mendapati pengunci pintu bilik sewanya dirosakkan dan keadaan dalam bilik berselerak.

Pengadu juga mendapati barangan miliknya hilang sebelum membuat laporan polis. 

Pada 12 September 2022, kira-kira jam 6.50 petang polis menahan seorang lelaki iaitu tertuduh di Tebingan Rejang, Jalan Maju di sini.

Penahanan tertuduh itu membawa kepada penemuan sebuah pembesar suara mudah alih milik pengadu. 

Advertisement