Anda di sini

14 individu ditahan berhubung insiden pergaduhan dibebas dengan jaminan polis

Advertisement

KUCHING: Kesemua 14 individu berumur antara 20 dan 40 tahun yang ditahan polis berhubung insiden pergaduhan berkumpulan di Jalan Green Hill pada Ahad (11 September 2002) dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin dengan jaminan polis.

Terdahulu, Pegawai Siasatan Muhammad Najib Abu Bakar yang membawa kesemua suspek memohon reman selama empat hari di hadapan Majistret Zaiton Anuar bagaimanapun permohonan itu ditolak dan membebaskan mereka dengan jaminan polis.

Insiden pergaduhan berkumpulan itu berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Wayang sekitar jam 12.30 pagi 10 September 2022 dan dua rakaman video memaparkan pergaduhan itu yang diambil pengadu tular di media sosial.

Pergaduhan tercetus apabila pengadu mahu meninggalkan tempat kejadian (pusat hiburan) dan cuba merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya, diserang oleh beberapa lelaki.

Pengadu yang cedera di kepala dan mata, dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata ketika pergaduhan, memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dua suspek tidak diwakili peguam manakala 12 lagi diwakili tiga peguam iaitu Shankar Ram, Russell Lim dan Yu Ying Ying.

Advertisement