Anda di sini

Cef Achang akan berkongsi tafsirannya tentang karya seni terkenal Sarawak

Advertisement
ACHANG
ACHANG

KUCHING: Cef terkenal Sarawak Achang Libat bakal tampil di 'Dine With Art' di Galeri Hoan, La Promenade Mall, mulai 19 Ogos ini untuk berkongsi tafsirannya tentang karya seni terkenal Sarawak.

Beliau yang merupakan pelajar jurusan undang-undang memilih untuk menjadi cef, turut membawa kemahiran masakan dari Sydney ke Kuching yang akan dipamerkan dalam enam hidangan makam malam di sini.

Bagi penyediaan hidangan 'omakase', Achang akan bekerjasama dengan Hoan Gallery untuk acara istimewa itu.

“Selepas kami bersua, saya menyedari kami mempunyai proses seni yang hampir sama. Semuanya bermula daripada lakaran,” kata Achang.

“Hoan memberitahu saya beberapa keping daripadanya adalah yang terlintas di fikiran beliau dan telah terbentuk sepenuhnya manakala yang lainya adalah hasil daripada lakaran.

"Ini serupa dengan cara saya menghasilkan hidangan baharu," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kurator Hoan Gallery, Hoan Kee Huang berkata beliau berasa amat teruja untuk orang ramai melihat hasil 'Dine With Art'. 

Makan malam tersebut berharga RM228 seorang. 

Menu minuman termasuk wain, tuak dan pilihan bukan alkohol seperti air bersama bunga kantan, kopi Liberica Sarawak yang berperisa dan teh Dong Ding Oolong.

'Dine With Art' akan menjadi acara berskala besar kedua Achang tahun ini.

Pada bulan Mac lalu, Achang mengadakan makan malam 'Dine On Clay' yang sangat berjaya dengan Gardencraft.co, menyajikan makanan hasil kerja pembuat tembikar tanah liat tempatan.

Ia  mendapat sambutan yang sangat baik untuk siri makan tengah hari bertemakan 'Staff Meal Edition' yang dilancarkan baru-baru ini.

Bandar raya Kuching baru sahaja dinobatkan oleh UNESCO sebagai Bandar Raya Kreatif Gastronomi. 

“Sebagai cef berketurunan Kayan‐Lun Bawang, saya amat berbangga kerana lebih ramai orang akan menghargai sajian tempatan di sini,” tegasnya.

Hidangan 'Dine With Art' semuanya diilhamkan oleh pameran pembukaan Hoan Gallery, Rebirth. 

La Promenade Mall terletak di antara Kuching dan Samarahan. 

Pusat beli-belah baharu itu mempunyai dasar menyewa yang menyokong Sarawak yang turut diperakui dalam kategori Indeks Bangunan Hijau.

Pusat beli-belah itu dibuka pada Januari 2021 manakala Hoan Gallery dibuka pada Disember 2021, menampilkan seni Sarawak dahulu dan sekarang dan karya daripada Rebirth telah dijual kepada pengumpul di United Kingdom dan Singapura.

Pada bulan Jun, pusat beli-belah itu juga bekerjasama dengan Persatuan Seniman Sarawak untuk pertunjukan ABSTRACT 2022 yang menyaksikan lebih RM79,000 nilai seni terjual.

Untuk maklumat lanjut, layari hoangallery.com dan lapromenademall.com.my atau cari @hoanartgallery atau @lapromenademall di media sosial.

Advertisement