Anda di sini

Rumah dijadikan lombong Bitcoin diserbu

Advertisement
Barang yang dirampas daripada sindiket melombing Bitcoin secara tidak sah di sebuah rumah di Jalan Serai, Sibu pada Rabu.
Barang yang dirampas daripada sindiket melombing Bitcoin secara tidak sah di sebuah rumah di Jalan Serai, Sibu pada Rabu.

SIBU: Penggunaan elektrik yang luar biasa telah membawa kepada pengesanan kegiatan sindiket perlombongan Bitcoin yang menggunakan sambungan bekalan elektrik secara haram di sebuah rumah di Jalan Serai dekat sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, sindiket itu ditumpaskan pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bersama pihak SESCO yang menyerbu rumah dua tingkat berkenaan pada jam 12.59 tengah hari.

"Hasil siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati premis tanpa penghuni itu disyaki menjalankan aktiviti melombong Bitcoin dengan cara penyambungan elektrik secara haram," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut polis di lokasi berkenaan telah merampas sebanyak 34 unit mesin kripto dan peralatan lain yang dianggarkan bernilai RM38,000.

Menurut Zulkipli, penyambungan bekalan elektrik secara haram itu juga telah menyebabkan kerugian kepada pihak SESCO Sibu dianggarkan berjumlah RM496,000.

Katanya, pihak polis kini masih menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan.
 

  • oleh
  • Advertisement