Anda di sini

Gantung tugas sehingga siasatan selesai

Advertisement
JIMMY
JIMMY


KOTA KINABALU: Sembilan anggota polis yang terlibat dalam kes peras ugut di Selangor sepatutnya digantung tugas dan bukannya dipindah ke negeri lain.

Ketua Pemuda Pergerakan Parti Liberal Demokratik (LDP) Pusat Jimmy Lai berkata, sekiranya kes mereka masih dalam siasatan, maka kesemua pesalah perlu digantung tugas sehingga siasatan berkenaan selesai.

"Saya berpendapat bahawa keputusan untuk memindahkan para anggota berkenaan adalah sama seperti tindakan mahu menutup kes.

"Berdasarkan undang-undang Malaysia, mana-mana individu khususnya orang awam dalam negara ini yang terlibat dalam kes peras ugut akan dihukum, tetapi tindakan dilakukan untuk kes terbabit adalah sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, perkara sepatutnya dilakukan adalah mengantung tugas kesemua anggota terlibat dan bukannya memindahkan ke negeri lain.

Jimmy berpendapat, keadaan itu sekali gus menyebabkan wujudkan persoalan dalam kredibiliti pasukan keselamatan terlibat.

Dalam pada itu, beliau juga menyokong kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis mengenai isu terbabit.

  • oleh
  • Advertisement