Anda di sini

272 kes baharu, 12 daerah catat penurunan kes

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 277 kes baharu COVID-19 hari ini dengan pertambahan lima kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan tidak banyak berubah dan sebanyak 12 daerah merekodkan penurunan kes, manakala sembilan daerah pula merekodkan peningkatan kes.

Katanya, lima daerah mencatatkan peningkatan yang agak banyak iaitu Sandakan 34 kes, Penampang 24 kes, Kuala Penyu dan Keningau masing-masing tujuh kes, dan Kota Belud sembilan kes.

"Antara daerah yang merekodkan penurunan jangkitan baharu ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Tawau, dan Kota Marudu.

"Bilangan daerah yang tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu bertambah daripada tiga daerah kepada enam daerah.

"Tetapi jumlah daerah yang mencatatkan jangkitan dua angka kekal banyak dengan lapan daerah, hanya berkurangan satu daerah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kadar penularan virus semakin meningkat walaupun masih pada kadar yang terkawal dan ia dapat digambarkan melalui kadar positiviti yang semakin tinggi.

Menurutnya, jumlah sampel ujian semalam adalah sebanyak 3,278 dengan kadar positiviti 12.05 peratus yang menghasilkan 272 kes positif baharu.

Masidi berkata, kadar positiviti hari ini meningkat kepada 12.37 peratus dan walaupun jumlah sampel ujian lebih rendah (3,201)tetapi angka kes positif naik lima kes.

Selain itu jelasnya, jumlah jangkitan harian dijangka akan terus berada pada paras yang tinggi selagi kadar penularan tidak menurun.

Beliau berkata, sebanyak 272 daripada 277 kes yang direkodkan adalah dalam kategori satu dan dua, manakala dua kes dalam kategori tiga dan kategori empat merekodkan tiga kes.
 

  • oleh
  • Advertisement