Anda di sini

KRMTS berjaya laksana AGM pertama sejak penubuhan

Advertisement
 Jawatankuasa KRMTS baharu merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Jawatankuasa KRMTS baharu merakamkan gambar kenangan.

PENAMPANG: Kelab Rekreasi Mimpaagat Tokou Sabah (KRMTS) dengan jayanya mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) pertamanya di Dewanraya Kibouvang Kepayan baru-baru ini.

KRMTS yang didaftarkan secara rasmi pada 9 Jun 2020 berjaya adakan mesyuarat itu selepas ianya tidak dapat dilaksanakan pada 2021 disebabkan penularan COVID-19. 

Dalam pemilihan itu, tujuh ahli jawatankuasa utama kekal tanpa sebarang pertandingan. Ini menunjukkan sejumlah 282 ahli kelab sangat berpuas hati dengan prestasi kesemua jawatankuasa sebelumnya, yang berjaya mendapatkan sokongan 45 ketuanya dalam jawatankuasa kecil untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh 2020-2021 walaupun dalam pandemik.
 
Pengerusinya Aloysius Wong kekal dengan jawatan disandang, Eddy Limbang sebelum ini setiausaha kini adalah Naib Pengerusi. Jason Blasius (Setiausaha) akan dibantu Valentine Benilus.

Lim Thau Pang merupakan Auditor sebelum ini dan kini adalah bendahari. Victor Disimon dan Danny Angat juga melengkapkan jawatankuasa utama KRMTS baharu.
 
Robert Stidi dilantik semula sebagai Penasihat, Sylvester Chin (Patron) dan Robin Manjaji (Auditor). Seramai 45 ahli jawatankuasa kecil juga dilantik semula dalam usaha menyediakan kejayaan serta kekuatan berterusan untuk pelaksanaan aktiviti 2022.

Antara aktiviti utama adalah Piala Mimpaagat 2022 (FA Cup), Mimpaagat 9s, Borneo 9s International, Mimpaagat 7s, Saigon 7s, kempen derma darah dan pelbagai program kebajikan untuk ahli dan komuniti.

Dalam ucapan penangguhan, Aloysius berkata KRMTS mahu semua ahli dalam jawatankuasa utama dan kecil meneruskan tradisi kerjasama yang erat untuk menyampaikan perkhidmatan atau aktiviti lebih baik sekali gus memberikan impak positif kepada ahli serta komuniti.
 
 

  • oleh
  • Advertisement