Anda di sini

Hajiji sempurnakan penyerahan lembu korban IPD Tuaran

Advertisement
 Hajiji menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor Kg Selupuh Tuaran pada hari Ahad.
SOLAT SUNAT: Hajiji menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kampung Serusop Tuaran pada hari Ahad.

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tuaran di sini pada Ahad.

Beliau bersama ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap ADUN Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Kewangan merangkap ADUN Pantai Dalit Jasnih Daya secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Timbalan Superintendan (DSP) Noraidin Ag Maidin.

Terdahulu, Hajiji menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kampung Serusop, Tuaran bersama penduduk di sekitar kampung berkenaan.

Hajiji turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha.
 

  • oleh
  • Advertisement