Anda di sini

Festival Mid-Autumn diadakan pada 10 September 2022

Advertisement
 Chin (lima kanan), Simon (empat kiri) bersama para ahli jawatankuasa penganjuran ketika bermesyuarat.
BINCANG: Chin (lima kanan), Simon (empat kiri) bersama para ahli jawatankuasa penganjuran ketika bermesyuarat.

KOTA KINABALU: Gabungan Pertubuhan Klan Cina Sabah akan melaksanakan pelbagai aktiviti menarik sempena Festival Mid-Autumn yang akan diadakan di Padang Merdeka pada 10 September depan bermula 3 petang sehingga 11 malam.

Presidennya Datuk Chin Shu Ying berkata, pertubuhan itu telah memutuskan untuk mengadakan acara terbabit memandangkan kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan sejumlah RM100,000 untuk program berkenaan.
 
"Kami berharap festival Mid-Autumn akan menjadi acara tahunan Gabungan Pertubuhan Klan Cina Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, Jawatankuasa Penganjuran akan diketuai Simon Chin telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada malam Jumaat lalu. Persediaan untuk program itu kini sedang berjalan lancar dengan melibatkan 22 ahli pertubuhan.
 
Menurutnya, program itu juga akan melibatkan pertandingan tanglung, pertandingan memukul gendang, merakam gambar, layang-layang, nyanyian, tarian, persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah.

"Perincian kesemua pertandingan berkenaan akan diumumkan kemudian," katanya.

  • oleh
  • Advertisement