Anda di sini

Kanak-kanak perempuan 18 bulan Kampung Batu 66 hilang

Advertisement
 Pos kawalan bomba yang dibuka bagi Operasi SAR kanak-kanak 18 bulan yang hilang di Kampung Batu 66, di sini pagi tadi.
PKB: Pos kawalan bomba yang dibuka bagi Operasi SAR kanak-kanak 18 bulan yang hilang di Kampung Batu 66, di sini pagi tadi.

BEAUFORT: Seorang kanak-kanak perempuan berumur satu tahun enam bulan hilang dalam kejadian di Kampung Batu 66, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Muhammad Hasbullah Nenggok berkata mangsa dipercayai sesat di hutan dan jatuh ke sungai berhampiran.

Katanya mangsa disedari hilang kira-kira jam 8.30 pagi tadi oleh neneknya apabila mendapati pintu rumah terbuka dan mangsa tidak ditemui di sekitar kawasan rumah.

“Hasil maklumat dari bapa mangsa memaklumkan dia dan isteri pada ketika itu sedang berniaga di Tamu Beaufort dan anak mereka itu dijaga oleh mentuanya.

“Mentuanya menyedari kanak-kanak itu tiada di rumah dan pintu dalam keadaan terbuka pada jam 8.30 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bertindak dengan panggilan yang diterima pada jam 11.19 pagi, sepasukan pegawai serta anggota dari BBP Beaufort digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pencarian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dimulakan pada jam 12.30 tengah hari di sekitar tepi sungai dan kawasan kebun termasuk kawasan pokok pisang serta belukar kelapa sawit pada jarak radius dua kilometer dari lokasi pos kawalan bomba.

“Operasi SAR dipecahkan kepada tiga kumpulan yang turut dianggotai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort dan penduduk kampung,” katanya.

Menurutnya pakaian terakhir yang dipakai mangsa adalah baju berwarna putih dengan lambang kartun dan berseluar warna biru tua.

Tambahnya sehingga kini kanak-kanak itu masih belum ditemui dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

  • oleh
  • Advertisement