Anda di sini

Pendaki Gunung Kinabalu cedera di kaki, mulut

Advertisement
 Pasukan MOSAR membawa mangsa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung.
BANTU: Pasukan MOSAR membawa mangsa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung.

RANAU: Seorang pendaki mengalami kecederaan di bahagian kaki dan mulut semasa dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata kejadian membabitkan seorang pendaki berumur 44 tahun semasa berada di Kilometer lima Vilossa kira-kira jam 11 pagi.

“Bertindak dengan kejadian, Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) dan pasukan Taman-Taman Sabah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dihantar ke hospital menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

  • oleh
  • Advertisement