Anda di sini

Makluman pesawat terbang rendah sempena Latihan Operasi dan Kesiagaan ATM

Advertisement
UTUSAN BORNEO
UTUSAN BORNEO

KOTA KINABALU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan beberapa pesawat miliknya akan mengadakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan sekitar Tawau, Semporna dan Lahad Datu.

TUDM dalam satu kenyataan berkata penerbangan terbabit dilaksanakan semasa latihan operasi dan kesiagaan mulai 12 hingga 21 Julai depan.

“Latihan yang dilaksanakan ini adalah bertujuan menilai kecekapan anak kapal TUDM serta menguji tahap kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin pelaksanaan operasi dengan lebih berkesan. 

“Latihan ini juga turut melibatkan pembabitan daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Sepanjang latihan dilaksanakan, pesawat-pesawat TUDM akan mengadakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan yang dinyatakan,” katanya.

Tambahnya orang ramai juga dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah dalam tempoh latihan dijalankan.

  • oleh
  • Advertisement