Anda di sini

KYS hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Contoh

Advertisement
 Hanafiah semasa menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.
SUMBANGAN: Hanafiah semasa menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.

KOTA KINABALU: 19 keluarga yang juga mangsa kebakaran menerima sumbangan bakul makanan dan wang tunai daripada Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) selaras penubuhannya untuk menyumbang kebajikan masyarakat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran dan bencana alam.

Setiausaha Korporat Yayasan Sabah yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah Hanafiah Diman semasa menyampaikan sumbangan berkata keluarga yang diberi bantuan terlibat dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas pada 16 Jun lalu yang mana mengakibatkan lebih 10 buah rumah musnah dalam kejadian

“Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa prihatin terhadap mangsa kebakaran dan berharap agar bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mangsa terlibat.

“Walaupun sumbangan ini tidak banyak namun ianya diharap dapat membantu mangsa terutamanya daripada segi penyediaan barang keperluan asas keluarga mereka. 

“Saya berharap agar semua mangsa tabah menghadapi dugaan ini dan terus berusaha menjalani kehidupan yang baharu,” katanya.

Sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah tersebut diterima oleh ketua keluarga mangsa kebakaran yang terjejas dan kini ditempatkan sementara di balai raya tersebut.

  • oleh
  • Advertisement