Anda di sini

Hajiji dan Isteri hadir Majlis Ceramah Perdana 'Aidiladha Yang Dirindu'

Advertisement
 Hajiji menerima cenderamata daripada kumpulan nasyid Rabbani pada  pada Majlis Ceramah Perdana berkenaan.
TERIMA KASIH: Hajiji menerima cenderamata daripada kumpulan nasyid Rabbani pada pada Majlis Ceramah Perdana berkenaan.

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Ceramah Perdana 'Aidiladha Yang Dirindu' di Dewan Seri Sulaman di sini, kelmarin.

Majlis itu yang menampilkan penceramah jemputan khas, Ustaz Dr.Haji Das’ad Latif dari Indonesia, selain persembahan nasyid oleh kumpulan Rabbani dan Ustaz Nazrie Raihan.

Ribuan umat Islam membanjiri dalam dan luar dewan bagi mendengar ceramah perdana oleh Dr.Haji Das’ad Latif.

Das’ad Latif dikenali dengan gaya ceramahnya yang ringan dan santai dengan menyelipkan pesan-pesan Islam dalam bentuk kisah yang lucu sehingga semua kalangan mudah menerimanya.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr Haji Mohd Arifin Mohd.Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan.
 

  • oleh
  • Advertisement