Anda di sini

Jabatan Muzium tepis dakwaan syarat iklan bersifat diskriminasi

Advertisement
 

KUCHING: Jabatan Muzium Sarawak menepis dakwaan bahawa syarat dalam iklan jawatan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengurusan Penyu, bersifat diskriminasi.

Pengarahnya Tajuddin Mokhtar ketika dihubungi The Borneo Post semalam berkata, walaupun lembaga lebih mengutamakan pemohon jawatan pembantu tadbir (perkeranian/operasi) yang berpengetahuan ilmu agama Islam, syarat tersebut tidak wajib.

Menjelaskan rasionalnya syarat terbabit, beliau berkata, ia berkaitan dengan beberapa elemen membabitkan Warisan Melayu dan adat istiadat.

"Syarat tertentu itu tidak wajib, tetapi ia ada kaitan dengan Warisan Melayu dan upacara Islam," katanya.

Beliau berkata, syarat itu pastinya tidak bersifat perkauman kerana suatu ketika dahulu, Muzium Sarawak mempunyai seorang Bidayuh yang memegang jawatan itu.

Syarat lain yang diperlukan termasuk pemohon untuk fasih berbahasa Inggeris, mempunyai kelayakan minimum SPM atau SPVM dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan, menetap di Kuching.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu iklan yang dikeluarkan Lembaga Pengurusan Penyu di bawah jabatan berkaitan jawatan pembantu tadbir (perkeranian/operasi) dan antara syaratnya adalah berpengetahuan ilmu agama Islam.
 

Advertisement