Anda di sini

Garaj kereta rosak dihempap pokok

Advertisement
 Garaj kereta yang dihempap pokok.
RUNTUH: Garaj kereta yang dihempap pokok.

KUALA PENYU: Sebuah garaj kereta rosak akibat dihempap pokok yang tumbang akibat angin kencang berlaku di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu Awang Mohd Sabree berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.11 pagi. Kejadian berlaku di Kampung Mansud di sini.

"Bomba menerima laporan terdapat sebatang pokok telah tumbang menghempap garaj kereta di hadapan rumah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan pasukan bomba memotong pokok tersebut menggunakan gergaji berantai dan dialihkan ke tempat lain. 

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan setelah memastikan tiada lagi kemerbahayan lain, operasi ditamatkan pada jam 9.48 pagi.
 

  • oleh
  • Advertisement