Anda di sini

Minyak masak paket cuba diseludup keluar berjaya dirampas

Advertisement
 Minyak masak paket bersubsidi cuba diseludup ke negara jiran berjaya dirampas.
RAMPASAN: Minyak masak paket bersubsidi cuba diseludup ke negara jiran berjaya dirampas.

SEMPORNA: Sebanyak 340 paket minyak masak bersubsidi yang cuba diseludup ke luar negara berjaya dirampas Zon Maritim Semporna kira-kira jam 9.30 pagi berhampiran Pulau Kulapuan, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata pasukannya yang menjalankan tugas di sekitar perairan semporna mengesan pergerakan sebuah bot dalam mencurigakan.

Katanya, pasukan Maritim bertindak mengejar dan memintas bot berkenaan untuk tujuan pemeriksaan ke atas barang yang dibawanya.

“Bagaimanapun, tekong bot terbabit bertindak mengemudi bot ke kawasan lebih cetek dan nekad terjun melarikan diri ke daratan berhampiran.

“Pemeriksaan ke atas bot menemukan sebanyak 340 paket minyak masak dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, semua minyak masak dan bot berkenaan dibawa ke jeti Zon Maritim Semporna untuk tindakan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot, dua unit enjin pam dan 340 paket minyak masak dianggarkan berjumlah RM5,350.00.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan ini.

Norrimi menegaskan Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan 'hot spot' terutamanya sempadan perairan negara.

“Masyarakat atau mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah supaya segera melaporkan kepada Maritim Malaysia.

“Maklumat boleh disalurkan melalui Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement