Anda di sini

Graduan OKU berjaya tamatkan pengajian komunikasi UMS

Advertisement
 Mohd Zulfadli, graduan OKU UMS berjaya tamatkan pengajian program komunikasi.
CEKAL: Mohd Zulfadli, graduan OKU UMS berjaya tamatkan pengajian program komunikasi.

KOTA KINABALU: Sentiasa berkongsi cabaran kepada ibu bapa menjadi kunci kejayaan graduan Orang Kurang Upaya (OKU) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mohd Zulfadli Aiman Sulaiman, 24, mengalami OKU fizikal berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Komunikasi) pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-23, di sini, baru-baru ini.

Katanya, cabaran yang dihadapi pada awalnya adalah untuk menerima keadaan universiti kerana sebagai penuntut OKU perlu bersiap sedia dengan setiap perkara yang berlaku di UMS.

“Selain itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menjadi cabaran semasa bergelar mahasiswa kerana terpaksa melakukan pembelajaran secara atas talian.

“Bagaimanapun, saya sangat gembira dan bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian mengikut masa yang ditetapkan iaitu selama tiga tahun,” katanya.

Menurutnya, komunikasi adalah program yang menyeronokkan dan sangat berkait rapat dalam kehidupan seharian.

“Saya sangat bertuah kerana berjaya melanjutkan pengajian ke program ini, sekali gus bergelar graduan UMS”katanya.

  • oleh
  • Advertisement