Anda di sini

Lima graduan terima anugerah BEM

Advertisement
 Antara graduan yang menerima anugerah BEM pada Majlis Konvokesyen ke-23 tersebut.
ANUGERAH: Antara graduan yang menerima anugerah BEM pada Majlis Konvokesyen ke-23 tersebut.

KOTA KINABALU: Lima graduan cemerlang Fakulti Kejuruteraan (FKJ) dianugerahkan Board of Engineers Malaysia (BEM) 2021 pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-23, semalam.

Anugerah disampaikan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Taufiq Yap Yun Hin kepada Goh Wang Siang; Fong Seng Yau; Gan Siew Cu; Lee Wai Li dan Abraham Ninian Ejin.

Goh, 25, berkata beliau sangat terkejut kerana tidak dimaklumkan berkenaan anugerah ini sehingga pada Majlis Konveksyen Sidang dua yang berlangsung semalam.

Graduan berasal dari Penampang, kini memulakan langkah dalam bidang kejuruteraan di Mitrajaya Holdings Petaling Jaya Selangor sebagai jurutera projek.

“Saya juga mengambil inspirasi daripada bapa saya iaitu John Goh, 60, kerana saya ingin mengikuti jejak langkah beliau,” katanya.

Fong, 25, yang kini bekerja di ViTrox Corporate Berhad, Penang pula berkata, beliau turut terkejut kerana tidak menerima sebarang berita sebelum ini.

“Saya sangat meminati subjek sains semasa dari kecil lagi dan subjek fizik pula ketika berada di sekolah menengah, seterusnya suka meneroka peralatan elektrik,” katanya.

Tambah graduan berasal dari Perak ini, beliau mula memasuki Program Elektrik dan Elektronik UMS, setelah pengajiannya tamat dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

  • oleh
  • Advertisement