Anda di sini

Bomba Lopeng bantu cari lelaki warga emas hilang 

Advertisement
Anggota BBP Lopeng membantu mencari lelaki warga emas yang hilang. 
Anggota BBP Lopeng membantu mencari lelaki warga emas yang hilang. 

MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng membantu usaha mencari lelaki warga emas dilaporkan hilang di sini sejak Isnin lalu.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee berkata, usaha pencarian dimulakan jam 9 pagi semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama polis dan keluarga mangsa dimulakan jam 9 pagi. 

“Operasi difokuskan kawasan hutan dan semak belakang kawasan Hospital Miri, Wisma Persekutuan dan sepanjang radius dua kilometer dari kawasan hospital lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Terdahulu, Hadran Taip, 63, disedari hilang selepas menghadiri janji temu di klinik pakar Hospital Miri ditemani isterinya kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu. 

Ciri-ciri mangsa hilang ialah tinggi 168 sentimeter, berbadan kurus, rambut beruban, kali terakhir memakai baju berwarna biru, seluar panjang hitam kelabu, berselipar hitam, membawa beg merah dan payung. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi anaknya, Mohamad Hanafi Hadran menerusi talian 016-8535770 atau Mohamad Haffiz Hadran (010-9329032). 

Selain itu, sekiranya sesiapa menemuinya boleh juga dihantar ke alamat Lot 1774, Piasau Jaya 3B, Miri atau mana-mana balai polis berdekatan. 

Advertisement