Anda di sini

Tiga sekeluarga cedera dalam kemalangan

Advertisement
 Kenderaan mangsa mengalami kerosakan selepas terbabas ke tepi jalan.
TERBABAS: Kenderaan mangsa mengalami kerosakan selepas terbabas ke tepi jalan.

KUNAK: Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki terbabas sendiri, di Jalan Bukit Ular, Lahad Datu-Kunak, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 pagi.

“Seramai lima anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pacuan empat roda berkenaan berada di parit tepi jalan dan dipercayai terbabas sendiri,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, ketiga-tiga mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Kunak untuk menerima rawatan lanjut sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Maklumat ketiga-tiga mangsa tidak diperolehi dan kes tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.47 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement