Anda di sini

Hajiji terima kunjungan hormat Tah Nia

Advertisement
 Hajiji (tiga kanan), Tah Nia (tiga kiri) bersama rombongan merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Hajiji (tiga kanan), Tah Nia (tiga kiri) bersama rombongan merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarahnya Tah Nia Jaman, di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

Antara tujuan kunjungan hormat jitu ialah untuk mengeratkan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan kerajaan negeri khususnya dalam aspek pendidikan yang berkaitan urusan melibatkan sekolah dan pejabat pendidikan daerah (PPD) di Sabah.

Kunjungan hormat julung kali Tah Nia sebagai pengarah itu turut disertai barisan pegawai kanan jabatan iaitu Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Mohd Zaini Yanin; Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Abidin Marjan; Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Dr Mohd Kassim Tusin; Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan, Muddin Beting dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan, Ajijah @ Azizah Baba.

Tah Nia melapor diri sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 20 Mei lalu selepas dilantik pada 13 Mei bagi menggantikan Datuk Dr Mistirine Radin yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

  • oleh
  • Advertisement