Anda di sini

Lima kontraktor terima notis kesalahan dan kompaun

Advertisement
 Pasukan operasi daripada CIDB mengeluarkan notis kesalahan kepada kontraktor.
NOTIS: Pasukan operasi daripada CIDB mengeluarkan notis kesalahan kepada kontraktor.

TAWAU: Sebanyak lapan notis kesalahan dan kompaun dikeluarkan menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu antara jabatan anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), di sini semalam.

Operasi itu juga turut menjalankan pemeriksaan terhadap 56 orang pekerja terdiri lapan warga tempatan dan 48 warga asing.

Antara agensi kerajaan yang terlibat termasuklah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Akademi Binaan Malaysia (ABM).

Pengarah CIDB Sabah, Rosmen Ag Hassan berkata notis dan kompaun itu dikeluarkan terhadap satu kontraktor utama dan empat subkontraktor yang menjalankan projek perumahan di daerah ini.

Katanya, operasi bersepadu yang dijalankan ini adalah untuk mewujudkan kerjasama antara jabatan dan agensi yang menguatkuasakan peraturan serta undang-undang di tapak binaan.

“Kerjasama yang dilakukan itu sangat baik bagi menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan lebih mudah dan efektif.

“Fokus utama operasi adalah berkaitan Pendaftaran Kontraktor , Kewajipan Kontraktor, Pembayaran Levi, Personel Binaan , Akreditasi dan Bahan Binaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Rosmen berharap pemain-pemain industri dapat mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan berdasarkan Akta 520.

“CIDB tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya didapati gagal mematuhi Akta berkenaan dan berharap pemain industri boleh melaksanakan pematuhan secara Pengawal Seliaan sendiri,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement