Anda di sini

Abg Johari lulus pembinaan tebingan di Pantai Belawai

Advertisement
Abang Johari meninjau sekitar kawasan Pantai Belawai selepas merasmikan  Majlis Melanggar Meja Raya Samah Premier Sarawak di Pantai Belawai semalam.
Abang Johari meninjau sekitar kawasan Pantai Belawai selepas merasmikan Majlis Melanggar Meja Raya Samah Premier Sarawak di Pantai Belawai semalam.

SIBU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju untuk meluluskan pembinaan ‘waterfront’ (tebingan) di Pantai Belawai yang diyakini mampu menjadi pemangkin aktiviti pelancongan di wilayah tengah Sarawak.

Beliau berkata, Belawai berpotensi menjadi tarikan dalam rangkaian jalan pesisir selepas jalan ke Sarikei dan Jambatan Pasi siap kelak.
 
"Ini akan menjadi tarikan untuk laluan dari Kuching hingga ke Miri menerusi jalan pesisir dan mereka boleh tinggal di sini semalam sebelum meneruskan perjalanan. 

"Ini terutamanya untuk pelancongan waktu cuti sekolah," katanya pada sidang media setelah merasmikan Majlis Melanggar Meja Raya Samah Premier Sarawak di Pantai Belawai, semalam.

Terdahulu, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif memohon kepada kerajaan Sarawak supaya membina ‘waterfront’ di Pantai Belawai.

Jelasnya, Pantai Belawai kini menghadapi hakisan tanah kira-kira 10 hingga 15 meter.

Sehubungan itu, Abang Johari menyokong cadangan tersebut, malah beranggapan kos yang dipohon oleh Len Talif adalah tidak mencukupi.

"Tadi, Len Talif mencadangkan kira-kira RM36 juta untuk Tebingan Belawai, tetapi saya fikir ini mungkin tidak mencukupi.

"Apa yang perlu kita buat ialah kajian teknikal dahulu dan lepas itu kita akan bangunkan kawasan ini dengan infrastruktur," katanya.

Selain itu, Abang Johari turut mencadangkan pembinaan taman untuk kenderaan caravan (camper car) di Pantai Belawai. 

"Mungkin ada orang menggunakan kenderaan caravan untuk tinggal di sini. Kita tingkatkan lagi taraf infrastruktur di sini," katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkesempatan meninjau sekitar kawasan Pantai Belawai sambil melihat sendiri infrastruktur yang dibangunkan menggunakan peruntukan kerajaan Sarawak.
 

  • oleh
  • Advertisement