Anda di sini

Polis Kanada tembak mati lelaki bawa raifal di Toronto

Advertisement
 

MONTREAL: Polis di bandar terbesar Toronto di Kanada kelmarin menembak mati seorang lelaki bersenjatakan selaras raifal, lapor media tempatan, dalam satu insiden yang memaksa beberapa sekolah ditutup hanya dua hari selepas serangan berdarah ke atas sebuah sekolah rendah di Texas, Amerika Syarikat.

Orang awam telah memaklumkan pihak polis mengenai kehadiran lelaki tersebut di satu kejiranan timur Toronto, dan kesan bagi apa yang mungkin berlaku adalah masih belum jelas.

Namun ketua polis bandar James Ramer memberitahu wartawan bahawa suspek, dinyatakan sebagai seorang lelaki berusia lewat remaja atau awal 20-an, telah maut selepas dia “berdepan” dengan anggota polis yang tiba, tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Akaun Twitter milik pasukan polis menyatakan bahawa selepas pihak polis mengesan lelaki itu, satu “senjata api polis” telah “digunakan”.

Seorang jurucakap bagi Unit Siasatan Khas memberitahu CBC bahawa bukti awal menunjukkan dua anggota polis telah melepaskan tembakan dengan senjata mereka, dan suspek telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ia masih belum jelas se-kiranya lelaki itu memegang senjata ketika polis menembaknya.

Ramer menyatakan beliau belum dapat memberikan sebarang maklumat lanjut, kerana insiden itu masih dalam siasatan.

“Tidak ada ancaman terhadap keselamatan awam,” kata beliau.

“Disebabkan oleh jarak yang dekat dengan sebuah sekolah, saya sangat memahami tentang trauma dan betapa traumatik kejadian ini terhadap kakitangan, pelajar dan ibu bapa, berdasarkan kejadian terbaharu yang telah berlaku di Amerika Syarikat,” tambah ketua tersebut.

Pada Selasa lepas, kejadian tembakan di sebuah sekolah rendah Texas menyebab-kan 21 kematian iaitu 19 kanak-kanak dan dua guru. — AFP

Advertisement