Anda di sini

Majlis Hari Raya Taman Sepanggar Selasa ini

Advertisement
TASSE
TASSE

KOTA KINABALU: Surau Al Jannah Taman Sepanggar dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sepanggar akan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan berkenaan pada 30 Mei ini.

Pengerusi Surau Al Jannah Taman Sepanggar Tasse Bukhari berkata, sambutan Aidilfitri itu bakal dihadiri oleh penduduk perumahan Taman Sepanggar tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Katanya, sambutan tersebut akan dipengerusikan oleh Amat Jutrah Haji Musnih bersama beberapa orang ahli jawatankuasa pelaksana termasuk dari KRT Taman Sepanggar.

“Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak dapat diadakan sejak gelombang COVID-19 melanda negara kita yang memaksa kita mematuhi SOP pihak berkuasa. 

“Alhamdulillah Hari Raya Aidil Fitri pada tahun in telah diberikan kesempatan dengan sedikit ruang dengan sambutan secara sederhana bagi memperkukuhkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam dan bukan Islam dalam kalangan penduduk berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Tasse Bukhari mengucapkan terima kasih kepada KRT Taman Sepanggar kerana sudi bekerjasama dalam penganjuran sambutan Aidilfitri tahun ini.

Beliau mengalu-alukan kehadiran penghuni Taman Sepanggar bukan sahaja untuk memeriahkan majlis tersebut tetapi juga mengeratkan hubungan dengan penghuni lain dan AJK Penganjur.

“Ini merupakan ruang dan peluang terbaik untuk penghuni beramah mesra, mengenali jiran serta penghuni Taman Perumahan Sepanggar,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana yang berusaha gigih memastikan majlis ini dapat diadakan.

Advertisement