Anda di sini

Jeffrey sampaikan sumbangan biaya sambutan Pesta Kaamatan, penyelenggaraan balai raya

Advertisement
 Bleany (kiri) menerima sumbangan tunai daripada Dr Jeffrey yang diserahkan oleh Jesaria di pejabat PKRP Keningau.
BIAYA: Bleany (kiri) menerima sumbangan tunai daripada Dr Jeffrey yang diserahkan oleh Jesaria di pejabat PKRP Keningau.



KENINGAU: Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyampaikan sumbangan berbentuk dana kewangan bagi kos perbelanjaan penganjuran Majlis Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Pagansangan Apin-Apin yang dijadualkan diadakan pada 30 Mei ini.


Dalam masa sama, Dr Jeffrey turut menyampaikan dana yang sama kepada pengurusan Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kampung Tagai Apin-Apin bagi pembiayaan penyelenggeraan dan pembaikan bumbung tandas bangunan balai raya kampung di kampung tersebut yang reput dan perlukan pembaikan.


Pegawai Perancang Pembangunan Strategik di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau, Jesaria Charles Kimin mewakili Dr Jeffery menyerahkan sumbangan itu kepada Pengerusi JPKK Kg Pagansangan Bleany Angkim dan Pengerusi JPKK Kg Tagai Mazlan Abu Bakar di Pejabat PKRP Parlimen Keningau.


“Terima kasih diatas keprihatinan Dr Jeffrey dan Pegawai Tadbir Pejabat Perhubungan Parlimen Keningau, Betty Abbie serta petugas yang lain diatas bantuan yang diterima ini,” kata Mazlan.

  • oleh
  • Advertisement