Anda di sini

Amirah adakan kunjungan ke PKRP Keningau

Advertisement
 Amirah (dua kanan) bersama Lectus (kanan), Jurulatih PKDK Sensi Koh Kian Kun semasa kunjungan ke Pejabat PKRP Keningau.
ALBUM: Amirah (dua kanan) bersama Lectus (kanan), Jurulatih PKDK Sensi Koh Kian Kun semasa kunjungan ke Pejabat PKRP Keningau.



KENINGAU: Atlet karate negara berasal dari kampung Tuarid Taud Keningau, Amirah Syahirah Azlan yang merupakan atlet tunggal acara kumite bawah 68kg wanita dari Sabah penyumbang pingat gangsa di Sukan SEA Hanoi ke-31 baru-baru ini melakukan kunjungan ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau pada Isnin.


Menurut Amirah, kunjungan itu bertujuan untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau  serta pengurusan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau yang diketuai oleh Lectus Fung dan Betty Abie selaku Ketua Pejabat dan Pegawai Tadbir PKRP Keningau di atas sumbangan kewangan yang diberikan semasa menyertai kejohanan berprestij baru-baru ini.


“Ucapan terima kasih kepada Dr Jeffrey serta pengurusan Pejabat PKRP Keningau di atas sumbangan yang diberikan.


“Saya berharap akan dapat peluang pada masa yang sesuai untuk bertemu sendiri dengan Dr Jeffrey bagi menyampaikan ucapan terima kasih di atas keprihatinannya,” kata Amirah.


Semasa kunjungan itu Amirah turut di temani oleh ibunya, Siti Norzahara Abdul Hamid; Jurulatih Persatuan Karate Daerah Keningau (PKDK), Sensi Koh Kian Kun dan Damus Martin.


Amirah merupakan anak ketiga daripada adik beradik adalah mahasiswa semester dua di Universiti Malaya (UM). Tiga daripada adiknya Muhammad Aiman, Muhammad Akid dan Amirah Sofea adalah juga atlet Kebangsaan Karate-do.

 
Lectus dan Betty mewakili Dr Jeffrey mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan Amirah yang berjaya membawa pulang pingat kepada negara dan berharap akan terus cemerlang pada masa akan datang.

  • oleh
  • Advertisement