Anda di sini

Lelaki ditemukan lemas semasa menangkap ketam

Advertisement
 Mayat mangsa yang ditemukan lemas dibawa ke Hospital Semporna untuk bedah siasat.
MAUT: Mayat mangsa yang ditemukan lemas dibawa ke Hospital Semporna untuk bedah siasat.

SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing ditemukan lemas dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ketam di sungai Bulian, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Faisal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.27 tengah hari.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebaik tiba, pasukan bomba segera melakukan SAR dengan menggunakan jentera bot Kevlar di sekitar lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Mangsa ditemukan terapung dan sudah meninggal dunia berhampiran lokasi kejadian oleh pasukan bomba kira-kira jam 3 petang,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke daratan sebelum dihantar ke Hospital Semporna untuk proses bedah siasat.

“Kes tersebut seterusnya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk siasatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 4.06 petang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement