Anda di sini

Banjir: PPS Dewan Kampung Trusan dibuka

Advertisement
Azman (depan) mendukung seorang kanak-kanak ketika membantu mangsa berpindah ke PPS Dewan Kampung Trusan hari ini.
Azman (depan) mendukung seorang kanak-kanak ketika membantu mangsa berpindah ke PPS Dewan Kampung Trusan hari ini.

LAWAS: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Trusan dekat sini dibuka hari ini selepas beberapa rumah penduduk di kawasan itu dinaiki air.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, PPS Dewan Kampung Trusan dibuka jam 9 pagi  dan menempatkan 15 mangsa terdiri 10 orang dewasa, empat kanak-kanak dan seorang warga emas setakat tengah hari, hari ini.

“Operasi memindahkan mangsa banjir telah dilakukan membabitkan Kampung Tengah Trusan dan Kampung Seberang Kedai Lawas ke PPS Dewan Trusan, Lawas hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Operasi pemindahan dilakukan lima anggota diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Azman  Ibrahim membabitkan tiga logistik.

“Kemudahan bot ‘inflatable’ baharu bomba turut digunakan pada operasi pemindahan kali ini sumbangan daripada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebagai inisiatif BBP Lawas bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat di sungai-sungai,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement