Anda di sini

Tunggu laporan akhir bekalan air satu entiti

Advertisement
 Julaihi ditemui media semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi di sebuah hotel di Kuching hari ini.
Julaihi ditemui media semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi di sebuah hotel di Kuching hari ini.

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (KUTS) kini masih menunggu laporan akhir bersama perunding bagi membekalkan bekalan air yang lebih efisien menerusi satu entiti, di seluruh Sarawak.

Menterinya Datuk Julaihi Narawi berkata, setakat ini pengurusan bekalan air di negeri ini dikendalikan empat entiti iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU).

Katanya, pihaknya masih dalam kajian akhir bersama perunding kerana kementerian mahukan satu entiti bekalan air bersepadu yang akan mengendalikan bekalan air di seluruh negeri ini. 

"Ini kerana ia bakal meningkatkan kecekapan pengurusan air di seluruh negeri, bagaimanapun kementerian masih belum mendapat laporan penuh dan membentangkannya kepada kabinet," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi di sebuah hotel di sini hari ini.

Jelas Julaihi, bekalan air amat penting dan ia memerlukan pengurusan yang betul dan sebaiknya.

"Bagaimanapun kita masih menunggu keputusan itu dan sekiranya dapat dilakukan tahun ini ia merupakan satu perkara yang baik.

Justeru, katanya satu entiti yang mengendalikan air itu bakal meningkatkan kecekapan pengurusan air dan masalah bekalan air bakal diatasi dengan baik.
 

  • oleh
  • Advertisement